Tuesday, April 15, 2008

Kaitan Perut Buncit Dengan Sindrom Metabolik

Memiliki perut yang buncit bukan sekadar menjejaskan personaliti seseorang, apa yang lebih membimbangkan adalah masalah kesihatan yang bakal mengundang. Sepertimana yang diketahui, masalah perut buncit sering melanda kaum lelaki berbanding wanita. Ia sering dikaitkan dengan lemak dan merek yang mempunyai lemak yang banyak terkumpul di perut berisiko berhadapan dengan sindrom metabolik berbanding dengan mereka yang mempunyai lemak yang banyak disekitar pinggul dan paha. Ini boleh menyebabkan penyakit koronari arteri.

Sindrom metabolik yang pembentukkannya banyak dipengaruhi cara hidup dikaitkan dengan kegemukan, tahap kolestrol yang tinggi, diabetis awal dan hypertension. Sindrom ini pada hakikatnya bukanlah satu penyakit tetapi ia adalah rangkai ketidaktentuan metabolisme badan termasuk darah tinggi, kadar insulin yang tinggi, terlebih berat badan dan tahap kolestrol yang luar biasa yang seterusnya menyebabkan anda berisiko untuk terdedah kepada diabetis, sakit jantung dan strok. Setiap satu darinya memiliki faktor risiko untuk penyakit lain dan menyebabkan pesakit berhadapan dengan masalah penyakit yang mengancam sepanjang usia.


CARA MENGATASI MASALAH PERUT BUNCIT

Minum air
Jika kepenuhan perut adalah disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan produk 'sampah'. Ketika anda sedang berdiet sekalipun, jangan ubah jumlah pengambilan air kerana ia akan menyebabkan banyak bahan sukar dicerna dan seterusnya menyebabkan perut buncit.

Makan dengan perlahan
Hindari makan terlalu cepat kerana jika anda menelan makanan dengan cepat, udara akan bertahan atau tersekat di dalam usus seterusnya membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul akan menjadi bahagian-bahagian yang kecil yang tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.

Mengurangkan pengambilan garam
Terlalu banyak garam dalam diet hanya akan menambahkan lagi sodium terhadap cairan tubuh yang seterusnya melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.

Hindari sembelit
Sembelit didefinasikan sebagai membuang air besar sama ada tiga kali atau kurang dari jumlah itu dalam seminggu. Sebagai kesannya, perut akan membesar. Jadi untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Olahraga
Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk keluar dalam bentuk pembuangan air kencing.



Wednesday, April 9, 2008

Tips Berkesan Untuk Bercukur

  1. Jika anda mempunyai janggut dan misai yang panjang, lebih mudah bercukur dengan menggunakan pemotong elektrik atau gunting
  2. Cuci wajah atau bahagian yang hendak dicukur dengan menggunakan air suam. Tujuannya supaya pori-pori kulit muka terbuka dan ini memudahkan cukuran
  3. Sebelum menyapu krim pencukur, bilas wajah dengan air sejuk dan bersih
  4. Sapukan krim pencukur beberapa minit sebelum bercukur untuk melembutkan rerambut. Gunakan krim pencukur dengan perapi
  5. Pastikan anda menggunakan pisau cukur dengan mata pisau yang tajam. Mungkin anda perlu menggunakan mata pisau yang baru sekiranya anda ingin mencukur bahagian yang lebih luas
  6. Sebelum memulakan cukuran, pastikan anda memilih gaya yang bersesuaian dengan bentuk wajah. Lebih selamat jika anda mencukur semuanya
  7. Ketika bercukur, pastikan arah cukuran anda betul. Ia bukan sahaja memudahkan, malah dapat meratakan cukuran anda
  8. Selepas bercukur, bersihkan bahagian yang telah dicukur dengan menggunakan air bersih untuk mengembalikan kesegaran wajah