Monday, January 5, 2009

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah

Jadilah hero dengan menderma darah. Darah anda akan menyelamatkan nyawa orang lain. Kempen Derma Darah Tipswanita.com adalah untuk menimbulkan kesedaran keperluan menderma darah. Jadilah hero rakyat Malaysia kerana bukan semua orang boleh menderma darah.

Simpanan darah di tabung darah negara dalam paras kritikal setiap masa. Dengan peningkatan keperluan darah dan jumlah penderma yang tidak menentu maka ia menekan keperluan darah secara keseluruhan.

Penapisan untuk menentukan penderma darah turut diketatkan. Penapisan yang ketat adalah untuk memastikan darah yang didermakan adalah benar-benar sihat dan selamat. Penapisan yang ketat ini turut mengurangkan kumpulan penderma darah yang boleh menderma darah.

Jadilah hero dengan menderma darah. Syarat-syaratnya

  • Anda rasa sihat hari ini.
  • Berumur antara 18 ke 60 tahun.
  • Berat melebihi 50 Kilogram.
  • Cukup tidur lebih daripada 4 jam.
  • Tidak mengambil sebarang ubat sepanjang 24 jam. (Termasuklah ubat untuk sakit kepala seperti panadol)
  • Tidak mengambil sebarang anti biotik sepanjang seminggu.
  • Bagi wanita tidak datang haid. Jika ya hanya hari ke enam keatas baru boleh menderma darah.

  • Tidak mendedahkan diri dengan risiko penyakit hubungan seks seperti AIDS dan Siplis.
  • Tidak terlibat dengan hubungan seks bebas atau bertukar-tukar pasangan lelaki atau wanita. (Risiko penyakit kelamin)
  • Tidak terlibat dengan hubungan sesama jenis. (Risiko penyakit kelamin)
  • Suami atau isteri atau pasangan seks tetap anda tidak terlibat dengan risiko penyakit kelamin.

Syarat-syarat diatas adalah syarat asas untuk menderma darah. Sewaktu datang menderma darah pelbagai lagi soalan kesihatan anda akan ditanya termasuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan asas.

Sebab itu diawal artikel ini, dinyatakan, anda adalah seorang hero apabila menderma darah kerana anda seorang yang sihat, berani dan mahu berbakti untuk orang lain, orang yang anda mungkin tidak kenali.

Darah yang didermakan, Plasma darah iaitu 80 peratus kandungan darah akan diganti dalam masa 24 jam dan sel darah merah pula dalam tempoh 4 hingga 8 minggu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Darah Negara 03-26933888 atau lawat laman

http://www.pdn.gov.my/

Atau terus ke Pusat Darah Negara di jalan Tun Razak Kuala Lumpur Malaysia (Berdekatan Istana Budaya).

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html


Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-suami-isteri-yang.html

Ketahui Kulit Muka Anda
http://untukwanita.noorjannah.com/2008/10/ketahui-kulit-muka-anda.html

Kempen Hijau Tipswanita.com
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita Noorjannah.com dan laman perempuanmelayu.info

5 Jan 2009

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis
Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Kutu Pinggan
http://cyber-niaga.blogspot.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English
http://www.tipswanita.com/

Archive

No comments: