Friday, May 16, 2008

Lelaki Metroseksual


Dalam beberapa tahun belakangan, para lelaki mulai berpikir dan bertindak dengan lebih menonjolkan aspek feminin pada dirinya. Arus perubahan ini yang dikenal dengan istilah metroseksual ini bagaikan anjakan paradigma bagi seseorang lelaki untuk lebih menonjolkan dirinya. Penampilan telah menjadi suatu hal yang penting dan mutlak bagi lelaki metroseksual dan tidak mempedulikan kos yang akan dikeluarkannya.

Lelaki metroseksual bukanlah lelaki homoseksual kerana mereka adalah lelaki sejati yang memiliki keluarga yang bahagia. Mereka sebenarnya adalah lelaki yang mengagumi dirinya sendiri atau biasa disebut narsistik. Mereka akan bangga jika lingkungan sosialnya membicarakan hal-hal yang baik tentang dirinya.

Siapakah gerangannya lelaki metroseksual ini?

Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik. Melihat kepada penampilan mereka, pasti ada cakap-cakap nakal yang mengatakan golongan ini sebagai ‘gay’.


Jangan buat andaian yang bukan-bukan! Sebenarnya, 'lelaki metroseksual' ini tidak banyak bezanya dengan lelaki-lelaki 'bukan metroseksual' yang lain. Seksualiti mereka dinilai dari segi perwatakan mereka yang benar-benar mengambil berat tentang imej dan gaya, seperti kaum perempuan.

Kebanyakan lelaki 'urban' jenis ini tidak lagi mendapatkan khidmat tukang gunting rambut di tepi-tepi jalan, kerana mereka lebih gemar memilih penatarias profesional untuk memotong rambut mereka.

Jika kaum perempuan begitu teliti tentang pemilihan sabun pencuci muka, golongan metroseksual ini juga sama. Mereka tidak akan sekali-kali mencuci muka mereka dengan sabun badan! Menurut beberapa sumber, lelaki metroseksual amat mementingkan kesihatan kulit dan sentiasa menjaga 'kecantikan' mereka seperti kaum perempuan juga!

Ramai berpendapat, lelaki metroseksual bukanlah lelaki sejati yang gagah. Lelaki metroseksual sering saja dianggap 'lembut'. TIDAK! Mereka juga sama seperti lelaki-lelaki lain. Maskuliniti tidak semestinya menggambarkan ciri-ciri kejantanan seseorang lelaki kerana ia lebih tergambar dari gaya hidup dan karektor pembawakan diri masing-masing.

8 comments:

FataMorgana said...

salam..adakah lelaki metroseksual ini tertumpu kepada lelaki bandar sahaja?

salam takzim,
fatin, kl

Ryan said...

Lelaki Ingin Bersih? Sebagai Lelaki Metroseksual kita kena jaga penerampilan diri kita sendiri..contohny, sekarang wujud pencuci alat kelamin lelaki...sesiapa yang nak info lebih lanjut sila lawat laman blog ini http://produkpenjagaanlelaki.blogspot.com

Metrosexist said...

Siapa ikon metroseksual idaman anda? Sila lawat blog ini untuk melihat foto-foto berkualiti tinggi ikon metroseksual dari seluruh dunia. Kenali stail, gaya dan perwatakan mereka melalui gambar.

http://metrosexualisme.blogspot.com

Ifti Larina said...

mohon nak share ni dekat blog :)

Nasuha Norpandi said...

nak share di blog ye ?

Me Anes said...

Me ramai kenal lelaki Metroseksual. Rata-ratanya GAY...

Bilik Sewa Kuala Lumpur said...

i'm one of them...

haiscaccamise said...

Payouts are issued by way of financial institution wire, Bitcoin, and/or your personal financial institution card. After you’re inducted 퍼스트카지노 into Shazam’s secret group, you’ll have a collection of magical bonus codes at your fingertips. If you don’t have the time or need to stick around for entire thing} of this Shazam Casino review, you’ll respect our list of stand-out features.